Friday, February 19, 2010

Anugerah Belia India Terbaik Pekan Selaru, Kuala Pilah

Anugerah Belia India Terbaik Pekan Selaru, Kuala Pilah


Saya telah hadir sebagai tetamu khas pada penyampaian Anugerah Belia India Terbaik Pekan Selaru,Kuala Pilah baru baru ini. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Sivik Selaru melalui En.K.Murugesu serta En.A.Ganeson mendapat sambutan hangat penduduk India Pekan Selaru. dalam ucapan khas, saya meminta para belia India di pekan selaru agar terus meneruskan pendidikan mereka dan tidak berhenti hanya diperingkat lepasan SPM.
MIC serta kerajaan Barisan Nasional akan sentiasa membantu penduduk kaum India untuk mendapatkan pendidikan yang melalui bantuan kewangan,serta program program lainnya seperti IKBN, Train And Place serta melalui agensi pendidikan MIC seperti TAFE dan AIMST.

Dr.S.Thinagaraj yang turut hadir sebagai tetamu khas menyampaikan anugerah Belia India Terbaik kepada 6 orang belia terpilih, beliau juga berjanji untuk membantu para belia India bagi mendapatkan peluang pendidikan yang sewajarnya dengan bantuan PUTERA MIC.

1 comment:

  1. COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram.

    Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Harga belian semula yang hebat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete